Tuesday 22 January 2013



Menjentik Minda
 
Ilmu adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, ilmu tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH 

 “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” –DR. HM TUAH

TIPS


TIPS ULANGKAJI MATEMATIK SPM – 2 weeks before SPM

1.     Lihat analisis soalan-soalan SPM yang lepas kerana topik-topik yang keluar sentiasa sama setiap tahun. Untuk pelajar yang tidak sempat habis mengulangkaji kesemua topik sebelum SPM, fokuskan untuk mengulangkaji dan membuat soalan dalam topik yang paling senang dan paling banyak markah.                                                                       
2.     Cuba buat sekurang-kurangnya 2 set soalan SPM yang lepas (tahun 2011, 2012) kerana ada topik yang keluar selang setahun dan 3 set soalan trial 2013 dari negeri yang lain. Tujuannya untuk berlatih menjawab jenis-jenis soalan yang biasa keluar, supaya anda lebih bersedia bila tiba hari peperiksaan nanti. 

3.     Sebaik-baiknya beli buku rujukan Soalan SPM Sebenar (BUKAN KLON SOALAN SPM), buku tersebut telah disiapkan dengan jawapan dan jalan kerja untuk semakan. Jangan kedekut duit.Tiada yang percuma untuk berjaya.
                           
5.     Cuba berlatih menjawab setiap set soalan mengikut masa yang ditetapkan. Untuk kertas Matematik, kebiasaanya masa yang diberikan adalah cukup-cukup sahaja untuk menjawab. Oleh itu, rujuk jadual di bawah dan cuba berlatih untuk tidak mengambil masa lebih dari yang dicadangkan untuk menjawab sesuatu soalan.


Matematik Moden
Masa
Jumlah Soalan
Purata masa untuk 1 soalan
Kertas 1
1 jam 15 min
40 soalan objektif
1-2 minit
Kertas 2
2 jam 30 min
Section A – 11 Soalan
6 minit
Section B – 5 Soalan (pilih 4)
20 minit

6.     Setelah mencuba set soalan ini, bincang soalan yang anda dapat salah (atau anda ‘tembak’) dengan cikgu, kawan atau sesiapa yang boleh membantu. Kenalpasti mana-mana bahagian atau topik yang anda masih lemah atau tidak tahu. Cuba mantapkan pemahaman dalam topik/bahagian ini supaya anda tidak membuat kesalahan lagi.


                                  TIPS MENJAWAB SOALAN KERTAS 1

Kertas 1 mengandungi 40 soalan (40 markah). Bagi pelajar yang tidak sempat mengulangkaji semua topik, pastikan anda menguasai topic-topik berikut:

Bil
Topik
Ting
Jum Soalan
1
Standard Form
4
4
2
Number Base
5
2
3
Transformation
3
2
4
Graf Sin, Kos, Tan
4
1
5
Sudut antara Satah
4
1
6
Statistic
3
3
7
Bentuk Graf fungsi
5
1
8
Probability
4
2
9
Matrices
5
2
10
Set
4
2
TOTAL
20

TIPS MENJAWAB SOALAN KERTAS 2

Kertas 2 mengandungi 2 bahagian. Kertas 2 sangat penting kerana menyumbang 72% daripada markah keseluruhan 140 markah(K1+K2). Bagi pelajar yang tidak sempat mengulangkaji semua topic, anda tidak perlu terlalu risau. Untuk lulus, tumpukan pada beberapa topic penting sahaja. Utamakan topic yang mudah dahulu dan menawarkan markah yang besar. 

No Soalan
Topik
Section
Markah
Target
1
Melorek Graf
A
3
3
2
Satah dalam 3 Dimensi
A
3
3
4
Simultaneous Equation
A
4
4
6
Mathematical Reasoning
A
5
5
7
Probability
A
5
5
11
Matrices
A
6
4
12
Graf Fungsi
B
12
8
13
Transformation
B
12
6
14
Statistics
B
12
10
15
Plan and Elevation
B
12
10
TOTAL
                74
58
Cara pengiraan markah : ( 20 + 58 ) / 140 X 100 = 56% - GRED C+

  Jika anda ulangkaji kesemua tips yang diberikan ini, anda bukan sahaja setakat boleh lulus, malah mendapat KEPUJIAN dalam SPM nanti. Percayalah tiada istilah sudah terlewat. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Sekiranya anda merasakan sudah terlewat, ulangkajilah secara smart…Matematik Sangat Mudah untuk Lulus.
 Selamat membuat ulangkaji…..