Panitia Matematik SMKTAJB
Tuesday, 22 January 2013
Menjentik Minda
“Ilmu adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, ilmu tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH
“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” –DR. HM TUAH
TIPS
TIPS ULANGKAJI MATEMATIK SPM – 2 weeks
before SPM
1. Lihat analisis soalan-soalan SPM yang lepas kerana
topik-topik yang keluar sentiasa sama setiap tahun. Untuk pelajar yang tidak
sempat habis mengulangkaji kesemua topik sebelum SPM, fokuskan untuk mengulangkaji
dan membuat soalan dalam topik yang paling senang dan paling banyak markah.
2. Cuba buat sekurang-kurangnya 2 set soalan SPM yang
lepas (tahun 2011, 2012) kerana ada topik yang keluar selang setahun dan 3 set
soalan trial 2013 dari negeri yang lain. Tujuannya untuk berlatih menjawab
jenis-jenis soalan yang biasa keluar, supaya anda lebih bersedia bila tiba hari
peperiksaan nanti.
3. Sebaik-baiknya beli buku rujukan Soalan SPM Sebenar
(BUKAN KLON SOALAN SPM), buku tersebut telah disiapkan dengan jawapan dan jalan
kerja untuk semakan. Jangan kedekut duit.Tiada yang percuma untuk berjaya.
5. Cuba berlatih menjawab setiap set soalan mengikut masa
yang ditetapkan. Untuk kertas Matematik, kebiasaanya masa yang diberikan adalah
cukup-cukup sahaja untuk menjawab. Oleh itu, rujuk jadual di bawah dan cuba
berlatih untuk tidak mengambil masa lebih dari yang dicadangkan untuk menjawab
sesuatu soalan.
Matematik Moden |
Masa |
Jumlah Soalan |
Purata masa untuk 1 soalan |
Kertas 1 |
1 jam 15 min |
40 soalan objektif |
1-2 minit |
Kertas 2 |
2 jam 30 min |
Section A – 11 Soalan |
6 minit |
Section B – 5 Soalan (pilih 4) |
20 minit |
6. Setelah mencuba set soalan ini, bincang soalan yang
anda dapat salah (atau anda ‘tembak’) dengan cikgu, kawan atau sesiapa yang
boleh membantu. Kenalpasti mana-mana bahagian atau topik yang anda masih lemah
atau tidak tahu. Cuba mantapkan pemahaman dalam topik/bahagian ini supaya anda tidak membuat
kesalahan lagi.
Kertas 1 mengandungi 40 soalan (40 markah). Bagi pelajar yang tidak sempat mengulangkaji semua topik, pastikan anda menguasai topic-topik berikut:
Bil |
Topik |
Ting |
Jum Soalan |
1 |
Standard Form |
4
|
4
|
2 |
Number Base |
5
|
2
|
3 |
Transformation |
3
|
2
|
4 |
Graf Sin, Kos, Tan |
4
|
1
|
5 |
Sudut antara Satah |
4
|
1
|
6 |
Statistic |
3
|
3
|
7 |
Bentuk Graf fungsi |
5
|
1
|
8 |
Probability |
4
|
2
|
9 |
Matrices |
5
|
2
|
10 |
Set |
4
|
2
|
TOTAL
|
20
|
TIPS
MENJAWAB SOALAN KERTAS 2
No Soalan |
Topik |
Section |
Markah |
Target |
1 |
Melorek Graf |
A
|
3
|
3
|
2 |
Satah dalam 3 Dimensi |
A
|
3
|
3
|
4 |
Simultaneous Equation |
A
|
4
|
4
|
6 |
Mathematical Reasoning |
A
|
5
|
5
|
7 |
Probability |
A
|
5
|
5
|
11 |
Matrices |
A
|
6
|
4
|
12 |
Graf Fungsi |
B
|
12
|
8
|
13 |
Transformation |
B
|
12
|
6
|
14 |
Statistics |
B
|
12
|
10
|
15 |
Plan and Elevation |
B
|
12
|
10
|
TOTAL
|
74
|
58
|
Jika anda ulangkaji kesemua tips yang
diberikan ini, anda bukan sahaja setakat boleh lulus, malah mendapat KEPUJIAN
dalam SPM nanti. Percayalah tiada istilah sudah terlewat. Gunakan masa yang ada
dengan sebaiknya. Sekiranya anda merasakan sudah terlewat, ulangkajilah secara
smart…Matematik Sangat Mudah untuk Lulus.
Selamat membuat ulangkaji…..
Subscribe to:
Posts (Atom)